
Sebagai seseorang dari bidang sains, saya nak share beberapa benda penting kepada yg baru habis SPM so that hangpa ada direction dan tak salah step. Tips sambung belajar, skill relevant, peluang pekerjaan dan tangga gaji di Malaysia related dengan sains.
1) Malaysia ialah bukan negara pencipta (Fundamentalist). Tapi ialah negara pengguna teknologi (Technologist). Kepada yang minat bidang sains, pilihlah kursus yang ada aplikasi. Contoh: ✅ Applied science (Engineering, Medical, Pharmacist, Data Analyst, Computer Science IT)
Elakkan bidang core sains seperti: Pure Mathematics, Astrophysics, Aerospace, Chemistry, Biology dan Gelogy. Tapi bidang core sains ni tak dihargai di Malaysia. R&D industry Malaysia juga masih dalam kategori sektor peminjam. Boleh ambik, tapi payah nak dapat kerja.
Peratus pekerjaan di Malaysia: 1) Engineering - 15% 2) Medical - 15% 3) Finance - 20% 4) Admin - 20% 5) IT - 15% 6) Pure Science - 5% Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
2) Jadi, kalau minat betul minat sains nak buat apa. ✅ Apply kursus Maths, Bio, Kimia, Fizik dan cuba maintain GPA (pointer akademik) ✅ Universiti mana mana tak penting. Pilih yang bersesuaian. ✅ Belajar skill relevant dalam industry Teknology dan apply sijil kelayakan.
Contoh technical skill dan software industry yang diutamakan: 1) Microsoft Office (Words, Excel, Powerpoint) 2) Drawing (AutoCAD, Mathlab, SolidWork) 3) Design (Adobe photoshop, PremierPro) 4) Data Analyst (SQL, SAP, Python) Result akademik tambah skill ni, inshaAllah steady.
3) Universiti mana ok ? (Bidang sains) Untuk sarjana muda/ bachelors, actually semua sama. Swasta boleh. Awam boleh. Tips: Jangan terperdaya dengan ranking university. Tu ialah ranking research, bukan academic excellence. Mostly politic sahaja tu.
Uni awam yang kira standard - Utara: Unimap USM Tengah: UTP UM UPM UKM UIA Timur: UMT UNISZA UMP UMK Selatan: UTEM UTM UTHM Sabah Sarawak: UMS UNIMAS Semua: UITM dan ada lagi lain. kalau tulis semua nanti jadi memorandum pulak.
Dan macam diperkatakan, jangan tertipu dengan ranking. Semua universiti sama. Setiap universiti ada masalah pengurusan, birokrasi, double-standard, isu dalaman dan silibus mengarut masing masing. So, dont expect much. Just do you. Tips:Pilih environment dan kawan yang selesa.
4) Belajar tinggi tinggi, tak ada kerja. Statement ni datang semula ke pernyataan (1), Malaysia bukan negara pembina. Contoh: Semudah Panadol, tapi tak ada syarikat Malaysia yang buat. Minyak. Kita beli minyak dari luar, tak hasilkan bahan tenaga sendiri
Pokok. Malaysia kira kaya gila dengan tumbuhan, tapi ditebang untuk buat bangunan, bukan perubatan. IT. Banyak orang hebat komputer malaysia, tapi semua sistem dipinjam dari luar. Jadi bidang R&D malaysia (untuk bidang sains) rendah.
5) Apa tips kerjaya? Kembali ke statement (2). Belajar technical skill (hardskill) yang digunapakai dalam industri. Bukan sekadar teori dan fundamental sains. Pastu dah grad, focus kepada softskill. Contoh: 1) Resume 2) Interview 3) Connection Ni totally lain dgn akademik.
6) Terakhir, supporting skill. Business. Time belajar , belajar lah berniaga dan pilih circle business. Biasanya orang sains ni malu, segan dan rasa niaga ni kecil. Stigma ni kena buang. Orang yang berniaga terutamanya dalam bidang sains ni lain macam. Contoh: @elonmusk
Benda benda lain hangpa boleh belajar along the way. Yang paling penting, pilih course yang hangpa suka dan enjoy. Bukan atas pilihan keluarga atau kawan. Dah pilih tu, make sure sampai habis tak kira apa jadi. Settlekan benda sekarang dulu, benda masa depan kita settle nanti.
Kepada yang nak sambung bidang pure science, saya nak bagitahu, Apa yang kita belajar tu sebenarnya hanya problem-solving skills, bukan usable skills. Dapat result tinggi tu bagus, tapi jangan expect orang akan hargai result kita. Apa yang kita skor tu hanya untuk uji diri kita
Lastly, paling penting. Result atas kertas, gred, dan skor tak sepenting mental health. Banyak pelajar sains akan go through fasa breakdown sebab hangpa akan belajar benda pelik pelik but end up tak digunakan. Jadi, kuatkan semangat. Study smart, dan accept the fact.
Pasal tangga gaji bidang sains dan pekerjaan, nanti lah saya share sekali dgn link untuk apply. Focus satu per satu dulu okay. Harapnya membantu. All the best.
Follow us on Twitter
to be informed of the latest developments and updates!
Follow @tivitikothreadYou can easily use to @tivitikothread bot for create more readable thread!